Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 19, 2010

Umi, humaira' jom kita pi bercuti di JB :)

Wow! umi, humaira’ cantik nyerr kt sini ek..sinar & keluarga sedang bersiar-siar di tepian pantai yang menghubungkan antara Johor (Malaysia) dengan Singapore. 200 meter dari tempat kami bergambar ni Mall Zon kawasan bebas cukai di JB ni..seronok berada di tepian pantai ni, suasana indah dan udara yg nyaman dapat menenangkan fikiran sinar sekeluarga, khas nyerr sinar la sebb kedatangan sinar ke JB ni sebenarnya bukan semata-mata untuk ‘makan angin’ tapi memang atas dasar tugas rasmi. Sinar dan kawan-kawan dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya bersama rakan-rakan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah seluruh Malaysia berkampung di sini (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor) selama 2 hari bagi membincangkan tentang Isu-isu semasa Undang-undang Keluarga dan Jenayah Syariah serta prosedur-prosedurnya untuk diselaraskan di setiap Jabatan Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri. Petang-petang tu dapat la sinar release tension siket bersama keluarga jalan2 ronda pekan JB ni..
Hari pertama sampai dah pakat-pakat lapaq (maklum la travel jauh gilerr sioouut dari Sg.Ramal Baru Kajang (rumah kami) ke JB ni) teguih teghepa pi cari Nasi nak makan dengan Asam Pedas, kami makan di Food Court Tepian Tebrau, fuuhhh! Memang sedap dan mantooppp asam pedais deeepaa + kami pakat lapaq sama kuakuakuakua…Perjalanan dari Kajang ker JB ni mengambil masa 4 jam + sesat cari Hotel Naza Talyya hampeehh..Gara-gara x cekap selok belok perjalanan di JB ni kami pusing meghata kt pecan JB ni cari hotel kami dah la penat x jumpa jalan pulak..last last dengan gabra semua cukup dengan masuk jalan motorsikal la kami dah panic dan tak jumpa jalan keluar semuanya jalan sehala, hairan pulak kenapa cam ni sekali menyusahkan betul la..rupa-rupanya kami sudah berada di kawasan sempadan pejabat Imegresen JB-Singapore, dah cuakk..nasib baik dpt berurusan dgn petugas di situ bagitau dia la sesat blah.. blah.. blah. Petugas tu kata kami dibenarkan untuk patah balik ke JB dengan diiringi oleh petugas yg lain, “dalam hati dah syok dapat masuk Singapor free’ tapi x dpt sebb jalan ke JB tu dikelilingi oleh tembok terowong kecil yg mana laluan itu khas pihak Imegresen buat untuk insane-insan yg sesat jalan macam kami ni hehehehe, x de la rezeki nak masuk Negara jiran secara FOC.
Di kesempatan itu juga, kami dapat melihat pemandangan menarik di Danga Bay dan bangunan serta infrastruktur kemudahan yang disediakan kepada rakyat jelata negeri Johor..Masyarakatnya macam negeri-negeri lain jugak la ade yg baik dan ade yg sombong meluat sungguh, buat deeek je kt kite ni selaku pelancong domestic, kebanyakkannya baik-baik belaka J . Sinar dan isteri sempat ke Air Hitam tempat membeli belah barang2 purba Tuan Sadiq Segaraga opss! Acah jer, hehehe..Air Hitam terletak kira-kira 90 KM dari JB. Di situ banyak barang-barang yg digemari golongan hawa ni puak laki-laki ni keghja cop duit utk deepa la kt sini ;> pasu-pasu,barang persiapan nak kahwin, makanan ringan ole-ole Johor, bantal ala-ala kartun kanak-kanak dan mcam2 ada la kt sini. Sebagai kenang kenangan kami beli la (habuan nk mghasa ayaq tangan orng Johor) kerepek-keperek dan bear untuk anak sulung kesayangan kami aufa humaira’ ni, syok x sanga-sanga la tidoq atas kegheta kegheja dok peluk tu la, itu puas kami mencari ape yg dia nakk, letihhh….apa-apa pun Le Tour De Johor Bahru kami ni memang best dan amat mengembirakan dan mcm2 pengalaman serta pengajaran yg kami dapat semuanya demi mencari Cinta Ilahi disamping mendekatkan diri yg hina ini kepada-Nya…Sungguh indah ciptaan-Nya, sebuah ketenangan rupanya tidak dapat dibeli dengan selaut bukit uhud yg terbentang luas..Kenikmatan yg tidak dikira, itulah nikmat Allah SWT sang Pencipta alam ini.