Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

Ibarat dapat kejayaan dalam exam tapi meniru, buat apa ?

Sungai Ramal Dalam, 26 April : Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor P094 kelmarin mengejutkan sesetengah pihak dan menjadi bual bicara politik ramai pihak hampir segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia ada pandangan dan bacaan politik masing-masing dan tafsirannya. Hal ini menunjukkan bahawa teori politik itu indah, konsisten dan terbuka tetapi keterbukaan itu disempitkan dan diperdajalkan oleh pemikiran yang negatif, korupsi, tidak berintegriti dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia sepatutnya sudah sedar dan berfikir dengan penuh matang bahawa politik itu mestilah bersih dan berwibawa, begitu juga dengan perjalanan dan proses pilihanraya perlu adil dan telus serta jauh dari dari unsur-unsur yang dapat menjuruskan penipuan..Berpolitik wajib meletakkan agama di hadapan, meletakkan panduan utama itu dipenghujung perjalanan menyebabkan politik ini pasti dipandang keji dan jijik sehingga sesama manusia yang beragama Islam atau insan yang mempunyai nilai hidup murni  sanggup melabelkan dan mengaibkan apa sahaja asalkan matlamat dan tujuan jahat itu dapat dihasilkan. Semua bangsa dan agama menyeru kepada keadilan dan kesaksamaan, perkara yang bercanggah dari moral dan etika itu menyebabkan nilai kemanusiaan sejagat berada di tahap paling tercorot.

Menang kalah lumrah dan adat dalam pertandingan, namun kemenangan yang terhasil dari sumber yang kotor dan rakus kuasa yang menjijikkan sudah lari dari adat. Minda insan yang positif dan berpijak di bumi yg nyata pastinya dapat menerima sebarang keputusan berdasarkan hasil kerja 'out-put' yang telah mereka lakukan, asalkan pertembungan itu mengikut nilai-nilai dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam sesebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi berpalimen.

Sebelum pilihanraya Hulu Selangor berlangsung banyak taktik-taktik kotor dan jahat telah dibuat oleh pihak musuh bagi mencapai misi dan visi mereka yang terdesak, kemaruk nak kan limpahan harta hasil mahsul kekayaan negeri Selangor, sanggup merampas semua kursi sama ada dun atau pun parlimen dengan cara yang tidak bermoral dan berintegriti. Kemenangan seperti ini langsung tidak memberi apa-apa kesan dan kebanggaan melainkan bersifgat sementara dan  syok sendiri sebab apa yang diperolehi itu sudah tentu dengan cara yang tidak bersungguh-sungguh berbeza dengan petugas-petugas Pakatan Rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mereka bertungkus lumus dan berkerja siang malam dengan cara demokrasi dan berintegriti yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh penduduk sekitar Hulu Selangor, tetapi kerja dan usaha ligat seperti ini bukan lagi mendapat tempat disisi undang-undang dan kerja seperti ini juga seolah-olah tiada gunanya, apakan daya kerja PR ini terlalu 'jurus' bak kata orang Kelantan..bahkan usaha dan kerja ligat seperti inilah sepatutnya menjadi pencetus kepada keputusan pilihanraya yang diaudit oleh rakyat di Hulu Selangor...Keputusan sudah diketahui, segala kelebihan dan kekurangan telah pun dikenali tinggal kesabaran dan istiqamah sahaja lagi menjadi penentu adakah Pilihanraya Umum ke-13 nanti menjadi milik rakyat yang inginkan keadilan manusia sejagat dapat ditegakkan atau tidak..keputusan hanya tinggal keputusan, janji-janji yang ditaburkan umpama memanggil anak-anak ayam menjamah makanan mesti dilaksanakan, ini tanggungjawab orang yang menang, tetapi kemenangan yang dihadiahkan rakyat bukan kemenangan yang hakiki umpama " berjaya exam akhir tahun tapi meniru'..sudah pasti hasil mata pencarian itu datangnya bukan dari sumber yang halal dan mendapat keredhaan Ilahi, hasil yang dapat tanpa keberkatan-Nya tidak kekal lama dan pasti menghancurkan dirinya sendiri..kita tunggu dan lihat..siapa benar siapa salah.

Buat teman-teman dan petugas Pakatan Rakyat serta penduduk Hulu Selangor, anda adalah yang terhebat, terima kasih atas segala-galanya..hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala penat jerih kalian dalam mendaulatkan negara yang adil dan amanah. teruskan perjuangan jangan undur walau selangkah, kita bukan kalah tetapi hanya belum menang..tunggulah kemenangan yang manis itu akan kita dapat di Pilihanraya Umum ke-13 nanti..sabarlah dan istiqamahlah itu sahaja kekuatan yang kita ada yang tiada pada pihak musuh..Jadikan doa sebagai senjata paling ampuh untuk kita..Selamat berjuang sahabat-sahabatku semoga Allah berkati kalian semua.

Salam Perjuangan,
11.05 malam
26 April 2010