Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

Sifat 'Ibad ar-Rahman

Ciri-ciri hamba Allah SWT yang telah dirakamkan dalam lembaran al-Quran Surah al-Furqan bermula ayat 63 hingga ayat 77 menjadi panduan yang cukup penting kepada kita. Sebagai manusia, kita sering melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah. Dugaan syaitan memang benar sepertimana janjinya kepada Allah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah yg lalai dan leka, kecuali hasutan itu tidak pasti akan termakan oleh insan yang digelar sebagai 'ibad ar-rahman. Justeru, hayatilah ciri-ciri tersebut, mudah-mudahan kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat.

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63)
وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمۡ سُجَّدً۬ا وَقِيَـٰمً۬ا (٦٤)

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱصۡرِفۡ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ‌ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا (٦٥)

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65)

إِنَّهَا سَآءَتۡ مُسۡتَقَرًّ۬ا وَمُقَامً۬ا (٦٦)

Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66)

وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ وَڪَانَ بَيۡنَ ذَٲلِكَ قَوَامً۬ا (٦٧)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)

وَٱلَّذِينَ لَا يَدۡعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقۡتُلُونَ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَا يَزۡنُونَ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ يَلۡقَ أَثَامً۬ا(٦٨)

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68)

يُضَـٰعَفۡ لَهُ ٱلۡعَذَابُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَيَخۡلُدۡ فِيهِۦ مُهَانًا (٦٩)

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69)

إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَـٰتٍ۬‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٧٠)

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70)

وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَإِنَّهُ ۥ يَتُوبُ إِلَى ٱللَّهِ مَتَابً۬ا (٧١)

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71)

وَٱلَّذِينَ لَا يَشۡهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغۡوِ مَرُّواْ ڪِرَامً۬ا (٧٢)

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72)

وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُڪِّرُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِمۡ لَمۡ يَخِرُّواْ عَلَيۡهَا صُمًّ۬ا وَعُمۡيَانً۬ا (٧٣)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73)

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُجۡزَوۡنَ ٱلۡغُرۡفَةَ بِمَا صَبَرُواْ وَيُلَقَّوۡنَ فِيهَا تَحِيَّةً۬ وَسَلَـٰمًا

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75)
خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ حَسُنَتۡ مُسۡتَقَرًّ۬ا وَمُقَامً۬ا (٧٦)

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76)

قُلۡ مَا يَعۡبَؤُاْ بِكُمۡ رَبِّى لَوۡلَا دُعَآؤُڪُمۡ‌ۖ فَقَدۡ كَذَّبۡتُمۡ فَسَوۡفَ يَڪُونُ لِزَامَۢا (٧٧)

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77).

Wednesday, June 13, 2012

Adakah Begini Caranya Menyambut Kedatangan Bulan Rejab ?

PERHIMPUNAN SEJUTA BELIA MEMBAKULSAMPAHKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak PM dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan .

Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan Negara dan PM menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadhiran beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang disahkan oleh PM bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut.

Jika ada pihak yang mengangkat isu ujudnya gerakan liberal di Negara ini , maka kami berpendapat PM membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia .

Dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh PM dan Menteri yang berkenaan , manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula bersuara , mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sudahpun diabsahkan sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.

MAPIM mempersoalkan kemana pergi konsep akhlaq dan jatidiri yang sering disuarakan oleh PM dalam ucapannya? Pada satu sisi beliau bercakap soal pemikran liberal dan plural mesti ditolak , beliau jugalah yang membenarkan hiburan lucah berpaksikan faham liberal ditonjolkan dalam acara perhimpunan belia.

Kebudayaan Kebangsaan yang beteraskan budaya Islam dan Melayu di Negara ini jelas tidak membawa sebarang erti kepada PM. Melihat belia berhimpun untuk menyaksikan pesta hiburan dengan penampilan wanita yang berpakaian lucah tidak menjadi masalah kepada PM dan Menteri Kebudayaan serta Menteri Agama Islam.

Asalkan dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati kebudayaan kebangsaan , PM sanggup mengadai akhlaq generasi muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13.

MAPIM mendapati memperalatkan belia dengan memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar adalah suatu fenomena yang sudah sedemikain lama diguna oleh pihak kerajaan.

Disatu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang akan menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.

MAPIM tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak senonoh. Jika ini yang dibawa , apa guna peraturan dan garispanduan yang kononnya ujud untuk mengawal sebarang bentuk acara hiburan yang dipentaskan kepada umum?

Mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut . Menteri berkenaan mesti bertanggungjawab terhadap semua acara yang membawa implikasi buruk kepada imej Negara dalam perhimpunan tersebut.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
--------------------------------------------------------------------------------------------

Komen Sinar Wijdani :

Adakah ini budaya kita ? Apakah dengan cara begini kita nak corakkan generasi yang bakal memimpin negara ? Adakah dengan cara begini kita memohon doa kepada Allah agar dikurniakan keamanan dan kesejahteraan negara kita untuk diwarisi generasi akan datang? Kalau jawapannya 'Ya' maka kita sudah tersasar dari matlamat perjuangan yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Islam sebagai agama rasmi negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi pegangan hidup kepada masyarakat 2/3 dunia tidak anti kepada hiburan tetapi apa yang menjadi kebencian agama ialah bila mana hiburan itu disajikan dengan cara yg bertentangan dengan agama dan secara melampau sehingga rosak jiwa raga kental anak muda. 

Sekumpulan masyarakat memohon kesejahteraan dan keamanan negara melalui solat hajat perdana, merintih dan melukut di celahan cahaya keinsafan, bermunajat pagi petang dan malam mudah-mudahan remaja dan generasi negara yang bakal memimpin amanah suci ini dari kalangan insan-insan yang bertaqwa dan beriman. Amat malang sekali, rupa-rupanya remaja yang akan menjadi galang ganti pemimpin masa kini dihidangkan dengan tarian artis K-pop  berpakaian separa telanjang yang diimport khas dari Jepun dengan mengunakan duit amanah rakyat berjumlah RM 2.4 juta.

Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia ini menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star. The Star sebelum ini melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesilapan kami. Bimbinglah pemimpin-pemimpin kami ke jalan yang benar agar mereka pula dapat memimpin tangan-tangan generasi anak muda remaja ini ke jalan yang lebih bermanfaat untuk masa depan negara dan agama. Kurniakanlah kepada kami akhlak dan generasi muda-mudi yang berada do atas landasan ketaqwaan dan keimanan dengan menjaga hati mereka. Sekali melakukan dosa akan mengundang 1 titik noktah hitam, jika cepat diubati penyakit ini akan hilang, jika berulang melakukannya pasti 1 titik itu akan membesar dan ahhirnya menjadi barah. Apabila sudah menjadi barah maka pada waktu itu setiap kebaikan dan kebenaran tidak dapat diterimanya kerana hati itu sudah mati. Ubatlah hati yang dinodai dengan titik hitam dengan amalan yang dianjurkan para ulama dan agama.