Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 15, 2011

Tokoh Pejuang Kemerdekaan- Di hatikku :)

Putrajaya: Alhamdulillah, salam lebaran dan maaf zahir batin kepada semua. Selamat meneruskan ibadah puasa 6 di bulan Syawal al-Mubarak, yang tak puasa lagi tu cepat-cepat la ambil masa lapang dalm bulan syawal ni utk berpuasa, jgn sia-siakan puasa tersebut, rugi kelak kerana ganjarannya seperti berpuasa setahun dan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu :) . Hari raya Eidulfitri dah sambut, merdeka pun dah sambut walaupun Prof. Zaman Kling kata kita tak pernah dijajah tetapi kita hanya dilindungi berdasarkan perjanjian Pangkor..errmm entahlah macam-macam Malaysia ni, lettiihh melayan isu-isu yang sering timbul. Cuma sempena menyambut hari Malaysia esok 16hb September 2011, saya tercari-cari siapakah tokoh perjuangan kemerdekaan yang patut ditonjolkan buat tatapan pengunjung blog dan generasi anak muda masakini agar kita sama-sama menghayati erti perjuangan kemerdekaan mengikut rentak dan irama jiwa pemuda supaya terus berjuang dalam landasan masing-masing. InsyAllah, dalam entri kali ini marilah sama-sama kita mengenali susuk tubuh pejuang kemerdekaan seperti di bawah ini :-

Kenali Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah.

Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.

Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:

· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura

· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura

· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah

· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939

· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun

· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945

· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945

· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947

· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947

· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947

· Ahli pengasas MATA, 1947

· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948

· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955

· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955

· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955

Pengaruh Awal Pemikiran

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau.

Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain.

Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana.

Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.

Ditahan dan Merengkok dalam Penjara

Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda.

Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.

Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan.

Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969.

Tokoh Perjuang Kemerdekaan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.

Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.

Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini diungkapnya sebagai:

”Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”

Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.

Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu.

Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama.

Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka;

Kita Dirikan Jiwa Merdeka;

Bersatu padulah segenap baka;

Membela hak keadilan pusaka.

Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.

Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap ”kanan”.

Menyertai dan Memimpin PAS

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.

PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS.

Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.

Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.

Demokrasi dalam PAS

Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya menyertai PAS.

Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebelum menyertai PAS.

Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.

Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad.

Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.

Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut.

Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.

Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

Seorang Demokrat Berperlembagaan

Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu.

Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan.

Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri.

Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak?”

Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan.

Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya.

Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu.

Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu.

Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara.

Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.

Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya.

Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia – daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur.

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.

Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama – iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan.

Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.

Karya dan Penulisan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:

• Perjuangan Kita, 1946

• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947

• Agama dan Politik, 1954,

• Ideologi Politik Islam, 1957

Namanya Diabadikan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah.

Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh.

Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.

Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati.

Sumber : http://sozcyili.blogspot.com/2011/09/kenali-dr-burhanuddin-al-helmy.html terima kasih kepada pemilik blog ini.

Thursday, August 11, 2011

Sebar Agama Melalui Kebajikan

Modus operandi penyebaran agama lain melibatkan kerja-kerja kebajikan termasuk penyediaan pusat pemulihan pesakit HIV sudah lama digunakan dan ia disedari oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan, berdasarkan pengalamannya sepanjang menerajui agensi tersebut, usaha tersebut sebelum ini ditumpukan kepada bukan Melayu tetapi kini disasarkan kepada masyarakat Melayu.

"Bagi mengatasi masalah tersebut, agensi agama khususnya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) disarankan agar mempelbagaikan aktiviti institusi kebajikan mereka dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kerjasama dan penyelarasan antara MAIN amat mustahak agar dapat mengagihkan bantuan secara lebih fokus seperti membabitkan anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), pemulihan penagih dadah, pesakit HIV dan pusat jagaan warga emas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kaherah, Mesir hari ini.

Wan Mohamad yang juga Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata, sekiranya MAIN tidak mempunyai kepakaran mewujudkan institusi kebajikan, tugas tersebut boleh dikendalikan oleh NGO Islam dengan bantuan dana diberikan kepada pertubuhan terbabit.

"Tidak semestinya semua perkara MAIN perlu buat, tetapi mereka mesti bersedia untuk menerima penghuni dan penerima bantuan dari semua negeri," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) perlu tampil untuk menerajui usaha tersebut.

"Ini kerana ia berkaitan dengan bidang tugas zakat dan wakaf yang ditadbir oleh Baitulmal di bawah MAIN," katanya.

Beliau berkata, pendekatan dakwah yang baru juga perlu digerakkan oleh Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri dan NGO dalam menangani masalah penyebaran agama lain di kalangan umat Islam.

"Pada masa sama agensi penguatkuasaan perlu diberi kebebasan menjalankan tugas mengikut undang-undang yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan," katanya

Komen Sinar Wijdani :
 
Setiap isu yang meletup pasti ada hikmahnya, yang celik hati sanubarinya tentu mengetahui perkara yang tersirat dan tersurat, yang bengap tetap bengap sombong dengan kejahilan..menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu tanpa kelemahan diri yg perlu dikoreksi.
 
Sempena semangat Ramadhan al-Mubarak kita jadikan batu asas agar yg telah mengajar kita erti infaq, sedaqah, hadiah dan sumbangan ikhlas supaya dapat aplikasikan tuntutan di bulan-bulan yang lain, bukan ianya hanya semata-mata di bulan ramadhan. Orang yang memerlukan berada di setiap bulan bukan ramadhan sahaja. Ayuh! dermawan-dermawan Islam diluar sana bangkit dan bangunlah menentang faktor kekufuran itu. Pihak pemerintah dan institusi lakukan sesuatu demi menyelamat maruah Islam tercinta.

Sunday, August 7, 2011

Tuanku Mizan sampai tauliah pada 10 hakim syarie

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan suratcara watikah pelantikan kepada 10 Hakim Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka di Istana Negara di sini hari ini.

Empat daripada mereka menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Melaka iaitu Ketua Hakim Syarie (Putrajaya) YAA. Tan Sri Ibrahim Lembut; YA. Ketua Hakim Syarie (Kuala Lumpur) Datuk Mohamad Abdullah; serta Hakim Rayuan (Putrajaya) YA. Datuk Md. Yusuf Che Teh dan YAA. Ketua Hakim Syarie (Melaka) Datuk Mohammad Ibrahim.

Dua Hakim Rayuan bagi Putrajaya iaitu YA. Datuk Aidi Moktar dan YA. Datuk Hussin Harun, masing-masing dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Melaka dan Kuala Lumpur.

Hakim Rayuan (Putrajaya) YA. Datuk Johdi Toha menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan YA. Abdul Walid Abu Hassan dan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, YA. Mohammad Zamri Roslan dan YA. Mohd Yunus Mohamad, turut menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Seri Paduka.

Komen Sinar Wijdani :
 
Tahniah dan alfu mabruk diucapkan kepada YAA. Tan Sri Ketua Hakim Syarie, YAA. Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan YA. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Teruskan perjuangan dalam memartabatkan undang-undang Islam sekali gus meninggikan institusi perundangan Islam..Syariah Asas Keadilan.

Sunday, May 22, 2011

Sana Sini di Bulan Mei...

Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian. Ujian-ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang lain.

ALLAH `Azza wa Jalla telah menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan fitnah bagi sekalian manusia. Sheikh Dr Wahbah telah memetik firman ALLAH dari surah al-Baqarah dari ayat 155 hingga 157 seperti berikut:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,”

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”

أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Dalam menuju mardhatiLLAH, manusia akan sentiasa diuji. Ia merupakan sunnatuLLAH hidup di dunia ini. Sheikh Dr Wahbah menasihatkan agar muslim janganlah terlalu berasa sedih dan gundah gulana dengan ujian ini. Kerana melalui ujian-ujian inilah seseorang akan memperolehi pahala yang banyak, imannya akan bertambah dan darjatnya akan ditingkatkan di sisi ALLAH Ta`ala.

Melalui ujian-ujian ini juga, maka dapat dibezakan siapakah di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman, yang bertaqwa, yang munafiq dan yang fasiq.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa ujian dan fitnah yang menimpa setiap manusia adalah berlaku dengan keizinan dari ALLAH. Di dalamnya terdapat banyak hikmah yang manusia tidak tahu.

Datangnya ujian dan fitnah tidak akan merobohkan keimanan seseorang yang kuat Imannya kerana kekuatan imannya seumpama teguhnya sebuah bukit yang tidak dapat diganggu-gugat. Justeru, mempunyai keimanan yang teguh adalah aset utama seorang mukmin berhadapan dengan ujian dan fitnah.

Samada ujian itu datang dalam bentuk kecil atau besar, samada dipenjara, dicerca dan sebagainya, kebaikan tetap akan berlaku kepada orang yang beriman sekiranya dia bersabar dan memahami hakikat sebuah ujian. Hal ini ada disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang yang beriman itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan, dia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Jika kita kembali merenung sejarah-sejarah yang lalu, kita akan dapati bahawa ujian dan fitnah banyak menimpa ke atas orang-orang yang mulia dan utama di sisi agama. Para rasul, nabi, syuhada’, aulia’ dan ulama’ adalah golongan yang paling banyak menerima ujian dan besar pula fitnah yang menimpa ke atas mereka. Tentunya ini memberi isyarat kepada kita bahawa semakin tinggi darjatnya di sisi ALLAH, semakin hebat ujian yang diterimanya. Dan ini akhirnya menatijahkan ganjaran yang tiada tolok banding hebatnya dari ALLAH `Azza wa Jalla kelak.

Untuk memahami hakikat ini, orang-orang yang beriman mestilah jangan berhenti dari menimba ilmu agama, mendalami ilmu-ilmu agama dan berusaha untuk memahaminya. Kerana dengan ilmulah, seseorang akan disuburi dengan sifat taqwa, seterusnya dapat memberikan reaksi yang betul menurut kehendak agama terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Ketahuilah orang yang paling taqwa iaitu takut kepada ALLAH ialah para `ulama’, iaitu orang-orang yang berilmu dan faham ilmu agama.

Fitnah dan ujian akan sentiasa singgah dalam kehidupan insan. Samada suka atau tidak suka ia tetap menjadi rencah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Yang menjadi nilaian di sisi ALLAH ialah bagaimana reaksi kita terhadap ujian itu. Sabarkah? Marahkah? Betulkah? Atau salahkah tindakan kita? Semuanya nanti akan dihisab oleh ALLAH Jalla wa A`la pada Hari Kebangkitan kelak.

Sheikh Dr Wahbah mengakhiri mukaddimah syarahannya dengan mengingatkan para hadirin bahawa pada setiap kesusahan ini, pasti akan mendapat kesenangan dari ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Justeru, sangka baiklah dengan ALLAH dan bersabarlah. ALLAH Ta`ala akan bersama dengan orang-orang yang sabar.

Sengaja beliau memulakan syarahan tersebut dengan menyentuh perihal hakikat ujian dan fitnah, dan bagaimana peranan iman dan ilmu sangat penting dalam hal ini. Ini supaya para hadirin dipasakkan dengan asas yang betul dan tepat menurut kehendak agama ketika berhadapan dengan isu seumpama ini.

InsyaALLAH, tulisan akan datang akan menyentuh beberapa perkara penting yang telah disentuh oleh Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily dalam majlis tersebut berkenaan tajuk yang diberi iaitu “Sumpah & Qazaf”.

Mudah-mudahan catitan ini memberi manfaat buat diri saya dan kalian yang sudi membacanya, amin.

__________________________________________________________________________________

Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily

Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:

1. Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.

2. Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.

3. Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini. Ia mesti dipatuhi.

Adapun tentang penggunaan teknologi moden seperti telefon bimbit, video dan sebagainya, ia tidak boleh diterima sebagai dalil dan saksi di dalam penghakiman syara` dalam isu seperti ini. Pihak yang menuduh, wajib mengemukakan empat saksi. Kegagalan mengemukakan empat saksi oleh pihak penuduh mengakibatkan si penuduh boleh dikenakan hukuman 80 kali sebatan dan dikira sebagai fasiq dan tidak beriman. Penyaksiannya tidak diterima selama-lamanya.

Mula`anah atau Li`an

Di dalam contoh kedua, iaitu dalam peristiwa seorang suami telah menuduh isterinya berzina; walaupun secara asasnya seseorang mesti mengemukakan empat saksi apabila menuduh orang lain berzina, namun dalam hal ini si suami tersebut dibenarkan untuk bermu`alanah tanpa mengemukakan empat saksi.

Dalam kaedah Mula`anah sebagaimana difirmankan ALLAH dalam surah an-Nur di dalam ayat 6 hingga 9, si suami bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan beliau adalah benar. Pada sumpah kelima si suami menyatakan bahawa laknat ALLAH (laknatiLLAH) akan menimpanya jika dia menipu.

Jika si isteri yang dituduh itu menolak tuduhan suaminya, maka si isteri pula turut bersumpah dengan nama ALLAH sebanyak empat kali bahawa tuduhan suaminya itu tidak benar. Dan sumpah yang kelima si isteri menyatakan kemurkaan ALLAH (ghadabALLAH) akan tertimpa ke atasnya sekiranya dia berbohong.

Apabila masing-masing tidak mahu mengaku salah dan saling laknat-melaknat, maka qadhi akan memisahkan mereka berdua. Mereka bukan lagi sebagai suami isteri. Dan mereka tidak boleh meruju` selepas itu atau kembali berkahwin selama-lamanya.

Mubahalah

Sheikh Wahbah telah menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, terdapat satu golongan Kristian dari Najran yang selalu berusaha mendatangkan rasa syak kepada ummat ISLAM. Dakwah dan hujah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak mahu mereka terima. Mereka telah mendakwa bahawa Isa `alaihissalam mempunyai sifat ketuhanan di dalam dirinya dan menyatakan bahawa merekalah golongan yang benar. Mereka tetap berdegil dengan pendapat mereka.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menyuruh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam agar bermubahalah iaitu saling laknat-melaknat di antara pihak Nabi dan golongan Kristian dari Najran itu. Hal ini ada diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah ali-`Imran, ayat 61. Selepas berfikir dengan panjang dan atas nasihat ketua paderi Kristian Najran tersebut, maka ajakan bermubahalah itu terpaksa mereka elakkan. Mereka risau jika Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam ini benar-benar Rasul, maka akibat dari mubahalah itu nanti akan menyebabkan mereka dan keluarga serta keturunan mereka akan ditimpa bala bencana.

Walaupun mubahalah di atas adalah berkaitan aqidah, namun menurut Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily mubahalah juga boleh dilakukan di dalam hal selain aqidah. Mubahalah dibenarkan sekiranya pihak yang berselisih tetap berdegil dengan hujah masing-masing.

Jika ingin bermubahalah, kedua-dua pihak mestilah di kalangan orang yang adil dan tidak fasiq. Penyaksian orang yang fasiq tidak diterima di dalam ISLAM kerana mereka adalah orang yang menyeleweng dari ajaran ISLAM.

Penyaksian hanya boleh dilakukan oleh orang yang adil. Tiga ciri-ciri orang yang adil yang dinyatakan oleh Sheikh Wahbah ialah:

1. Tidak melakukan dosa besar

2. Tidak berkekalan melakukan dosa kecil

3. Tidak melakukan perkara-perkara yang mencarik maruahnya

Sekiranya kedua-dua pihak yang ingin bermubahalah adalah adil, thiqah, taat kepada suruhan ALLAH Ta`ala, meninggalkan dari dosa-dosa dan selalu menjaga maruahnya, maka layaklah bermubahalah. Sekiranya tidak sekufu, maka tidak perlulah bermubahalah.

Isu Video Seks dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily ditanya tentang bolehkah video dijadikan sebagai bahan bukti pendakwaan perlakuan seks? Beliau menjawab bahawa teknologi terkini seperti video tidak boleh digunakan, malah tertolak. Kerana banyak unsur penipuan boleh dimasukkan ke dalamnya.

Ditanya tentang DNA pula, beliau mengatakan bahawa bilangan pakar DNA yang terdapat di seluruh dunia sangat terbatas dan bilangannya terlalu kecil, malah mereka ini tidak boleh dipercayai. Menurut beliau lagi, Majma` Feqh Sedunia telah membuat keputusan bahawa kaedah DNA tidak diterima sebagai pembuktian penghakiman.

Tambahan pula, pakar-pakar perundangan dan hakim seluruh dunia pun memang tidak menerima kaedah DNA sebagai bukti utama, ia hanyalah sekadar hal yang kecil dalam proses penghakiman. Jadi, adakah kita hendak terima kaedah ini, tanpa merujuk kepada nas-nas syara`???

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily kecewa dengan isu video seks yang tersebar di negara ummat ISLAM.

Apabila Sheikh Dr Wahbah ditanya tentang isu video seks yang diwar-warkan oleh media dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau dengan tegas menyatakan “Ini adalah Syariat Syaitan!!! Adakah kamu mahukan Syariat ALLAH atau Syariat Syaitan??!!! Jangan sekali-kali. Bahkan Syariat Syaitan ini kita patut letak di bawah kaki kita sahaja (pijak)!”

Beliau berasa sedih dan kecewa dengan situasi ini, seterusnya mengajak agar semua ummat ISLAM merujuk kepada al-Quran. Janganlah dipercayai dengan isu yang digembar-gemburkan tersebut.

Sebagai penyelesaian, hendaklah dilakukan islah menggunakan kaedah terbaik iaitu dengan merujuk kepada al-Quran. Usaha mengislahkan manusia agar kembali kepada ALLAH mestilah dilakukan dengan berterusan. Memahami nas-nas al-Quran sesuai dengan kehendak syara` adalah faktor penting untuk menjayakan usaha islah ini.

Beliau seterusnya mengajak agar ummat ISLAM mengambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar. Dengan melihat dan merenung hikmah kejadian ini, akan mengakibatkan Iman kita bertambah kuat dan taqwa kepada ALLAH. Iman yang benar dan kuat adalah ibarat bukit yang kuat, yang tidak dapat dikalahkan. Masalah ummat ISLAM hari ini ialah iman mereka tidak penuh, tidak kuat dan hanya separuh-separuh sahaja sifatnya. Iman yang benar dan kuat adalah iman yang sentiasa bertambah dengan ketaatan.

Di akhir syarahan, Sheikh Dr Wahbah menyatakan setakat pengetahuan beliau, Datuk Seri Anwar adalah seorang yang baik peribadinya. Dan beliau menasihati agar Datuk Seri Anwar banyak mengadu kepada ALLAH Ta`ala atas ujian yang menimpanya dan janganlah disibukkan sangat dengan isu yang remeh ini.

Semoga kata-kata dan nasihat Sheikh Wahbah az-Zuhaily ini dapat diambil iktibar yang banyak oleh kita semua. Tulisan ini berdasarkan apa yang sempat saya catit dari terjemahan oleh Tuan Guru Dr Zulkifli al-Bakri dalam majlis tersebut. Mohon maaf jika ada kelemahan dan kesilapan dari catitan ini. Mudah-mudahan catitan ini bisa memberikan manfaat buat diri saya dan tuan/puan yang sudi membacanya.

WAllahu Ta`ala A`lam…
___________________________________________________________________________________

Segerakan keputusan khalwat'


Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my

RAJA AZMI (kiri) dan Roslin yang hadir di pejabat Jawi semalam kecewa selepas hasrat mereka untuk mendengar keputusan kes khalwat ditunda pada 20 Jun depan.

KUALA LUMPUR - Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Mohd. Roslin Hashim kecewa apabila keputusan mengenai dakwaan khalwat terhadap mereka yang sepatutnya didengar semalam ditunda pada 20 Jun depan. Raja Azmi, 51, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini ketika mereka hadir bagi mengetahui keputusan kes tersebut.

Katanya, ia berikutan pegawai wanita yang mengendalikan kes itu sedang bercuti bagi menguruskan kemasukan anak saudaranya ke universiti dan pihak Jawi ingin memanggil saksi baharu. "Saya datang dengan penuh teruja untuk mengetahui keputusan kes kerana ia penting bagi membersihkan nama, prasangka buruk dan fitnah. Perkara ini menjadi satu bebanan jika dibiar terlalu lama," katanya sambil menahan sebak di sini semalam. Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek, 48, dan Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jailani menjadi saksi dalam kes berkenaan.
___________________________________________________________________________________

Didakwa jual kopi ada DNA babi (KOPI RAILWAY KLUANG)


KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.

Sunday, January 30, 2011

Nikah Bawah Umur, antara kehendak & Undang-undang

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama disaran mengikuti perkembangan kehidupan pasangan yang bernikah bawah umur dan mengumpul data bagi mengkaji implikasi berkahwin pada usia muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata saranan itu bertujuan menjadi rujukan sebagai garis panduan kepada mahkamah menangani isu berkenaan.

“Isu nikah bawah umur ini bukan berlaku di sini sebaliknya di seluruh dunia. Kita melihat kes ini dalam konteks undang-undang di Malaysia. Perlu ditegaskan pasangan bawah umur dinikahkan bukan kerana kehendak ibu bapa semata-mata sebaliknya dengan kebenaran mahkamah.

“Pelbagai faktor diambil kira hakim seperti melihat kemungkinan wujudnya pertelingkahan antara pengantin terutama perempuan dengan keluarga, fizikal bagi memastikan pengantin perempuan boleh bersalin dan kemampuan suami memberi nafkah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam ‘Nikah Bawah Umur: Patut Atau Tidak’ di Hotel Putra KL semalam.

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Tan Sri Ibrahim Lembut dan Presiden PPSM, Dr Mohd Naim Mokhtar.


Beliau berkata, program seumpama ini boleh menonjolkan pendirian negara berhubung isu itu berlandaskan syariah dan undang-undang.


 “Semua resolusi yang diperoleh sepanjang  seminar ini diadakan boleh dijadikan rujukan bagi kes akan datang.   Saya juga suka mengesyorkan supaya peraturan sedia ada diperdalamkan bagi mengeluarkan garis panduan untuk kes  seumpama itu,” katanya.

Komen Sinar Wijdani :

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah  Persekutuan) 1984  dalam Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan menyebut :

"Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu".

Perkahwinan di bawah umur ini boleh dilangsungkan jika perkahwinan tersebut telah diberi kebenaran secara bertulis kepada pemohon itu setelah siasatan dan keterangan serta latar belakang pemohon tersebut diambil kira. Pasangan yang dikategorikan bawah umur ini tidak perlu takut dan bimbang untuk berkahwin jika mereka tidak cukup seperti yang tercatat dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam sehingga mereka membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin di luar negara atau sempadan negara Malaysia tanpa melalui tatacara yang sah, kerana perkara tersebut akan merumitkan lagi keadaan mereka tatkala mereka pulang ke Malaysia nanti.

Berkahwin bawah umur ini sebenarnya terdapat pelbagai sebab sama ada sebab biasa atau lebih parah lagi sebab atau keadaan yang mendesak. Ada baik dan ada buruknya, namun setiap ibu bapa haruslah menjadi pembimbing yang bijak dalam menyelesaikan isu sebegini. Bertanyalah kepada mereka yang lebih faqih soal perkahwinan Islam dan faham tentang selok belok undang-undang di negara kita supaya jalan yang kita lalui tidak tergelincir dari landasan yang sebenar.

Bertindaklah Mengikut Maslahah Umum Bukan Kehendak Hati Sendiri :)

Jom Kenal Undang-undang Islam

Salam semua buat para pembaca yang budiman :). 

Alhamdulillah sejak sekian lama menyepi, hari ini ingin saya berkongsi dengan para pengunjung beberapa Istilah Undang-undang yang digunapakai dalam pentadbiran kehakiman syariah di Malaysia. Mudah-mudahan ianya dapat memberi info dan pengetahuan asas kepada kita semua insyAllah :). Antara istilah-istilah tersebut :

1. Plaintif : Seorang yang telah mengambil suatu tindakan undang-undang ke atas suatu pihak yang lain (defendan).

2. Defendan : Seorang yang diambil suatu tindakan undang-undang, maklumat ke atasnya : juga seorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan.
Selalunya di Mahkamah Syariah, pihak-pihak yang berurusan di sana membuat tuntutan yang berkaitan dengan hal ehwal rumahtangga. Seperti : Tuntutan Cerai, jika si suami atau isteri yang ingin memulakan apa-apa tindakan terhadap pasangannya di Mahkamah Syariah maka orang itu dipanggil sebagai Plaintif, manakala pasangannya sama ada si isteri atau suami disebut sebagai Defendan.

3. Saman : Suatu dokumen yang dikeluarkan dari Mahkamah Syariah yang mengarahkan orang yang namanya disebut di dalamnya supaya menghadirkan diri di hadapan hakim syarie atau pegawai mahkamah. 



Mahkamah Syariah selaku badan atau agensi yang diamanahkan oleh Allah atau Raja Pemerintah bagi melaksanakan tugas-tugas kehakiman syariah bagi pihaknya, maka panggilan atau saman itu menjadi kewajipan kepada pihak-pihak yang menerimanya untuk hadir bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran syariah.

Ok, sehingga disini dulu. InsyAllah pada entry akan datang akan bersua kembali :) 

"Menegakkan Yang Hak Suatu Kewajipan Bersama"

Tuesday, January 18, 2011

Syurga Untuk Isteri Yang Mentaati Suami

 Petikan Ringkas : كتاب المهمة


KETAATAN

Matan 1 :


Ini suatu Tanbih pada menyatakan kelebihan Isteri-isteri yang mentaati suaminya. Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya wajiblah atas segala perempuan mengikut perintah suaminya selagimana perintahnya tidak membawa kepada maksiat.


Contoh Tidak Maksiat :


1. Tipah balik pukul 8 mlm.


2. Balik raya puasa- mana aci/adil- ini masalah taat- kelirukan giliran raya posa n haji dengan tipah ikut tahun


Contoh Maksiat :


1. Pah buka tudung- abg malu kwn2 isteri depa open- Jgn taat krn perintah suami kpd maksiat- Isteri hanya suami tetapi dia makhluk Allah.


Matan 2 :


Dan tiada harus perempuan itu menyalahi akan suruh suaminya atau tegah kerana berkahwin itu satu bahagi daripada beberapa sebab kehambaan seseorang.


Huraian:


1. Isteri jgn bantah. Jadi isteri senang bila ikut cakap suami


2. Orang yg paling senang masuk syurga Isteri hanya 3 perkara shj: Taat kpd Allah/Taat kpd Rasul/Taat kpd Suami – clear syurga.


3. Org lelaki susah nak masuk syurga sbb: Kena solat jumaat/sembhyg jemaah/cari rzki/kena perang semua lelaki kena laksanakan tp perempuan cukp 3 perkara.


Contoh Jgn bantah & senang :


1. Pah ikan ni goring na- gulai la,msk sumbat kn susah


2. Sotong ni goreng- buat bg susah- jd isteri ckup senang.


3. Jgn keluar rumah abg nk p kursus- melainkn rumh trbkr smpi bomba pnggil xnk kuar sbb syahid,bukan syahid tp bunuh diri.


HAMBA YG MENURUT PERINTAH


Matan 3 :


Kawin itu mnjdi isterinya mcm hamba,demikianlah disebut oleh Imam Ghazali dlm Ihya’. Kelebihan isteri ialah masuklah ia didalm syurga awal-2 sekali sepertimn sabda Nabi SAW: “apabila isteri mengerjakn sembhyang lima waktu/puasa ramadhn/memelihara kemaluan mengikut suaminya dan dikatalah kpd isteri td masuklh oleh kamu mn2 syurga mn2 pintu yg kamu nk masuk daripd mn2 syurga”.


Huraian:


- Tabiat manusia mesti ambil yg terbaik


- Manusia dlm bab ibadat kena demand n mesti ambil yg banyak n terbaik tidak selesa dgn amalan yg ada.


Pendek kata:


1)Jg Solat 5 waktu: akak2 jgn missed sembahyg kecuali uzur,jgn lengh2kn sembhyg,jgn xbetul sembhyg.


- Knp kn awal2? Sbb uniform solat perempuan perempuan n laki2 berbeza. Aurat kn jg rmbut 1 helai pn xbolh nampk aurat.


- Org perempuan solt di msjd bw anak2 tp org laki2 bw ank kunci. Anak meragam semua nk kn mak uruskan.


2)Puasa: Sapa lebih susah puasa antara suami dan isteri?Suami yg letih sbb lena dari pg ke petg tp isteri prepare dr sahur-berbuka. Nabi janjikan syurga kalau posa elok2 dan sabar dgn karenah makan suami.


Kadg2 x tny pun salah jg sbb isteri terlupa bila dh abis mkn br teringt ade menu yg x agkt. Isteri mrh sbb ingtkn suami x nk sbb b4 ni isteri dok merungut, sudah juga..


3)Menjaga kemaluan:mnjg batas2 n kesopnn slps bergelar isteri.


4)Taat kpd suami: 3 perkara lain semua boleh buat tp yg ke-4 menjdi cbrn kpd isteri utk buat.


Contoh : nak taat mcm mn gaji suami murh dr saya/nk taat mcm mn suami rendah/hina dr saya walupun memang dia rendah.


MATI DALAM KEREDHAAN SUAMI


Matan 4: dan lagi citra Ummu Salamah R.Anha mana2 perempuan yg mati pdhl suami redha pdnya nescya msuklh ia ke dlm syurga.


- Ye la redha boleh dia kawin lain. Maksud Suami Redha: isteri sy xada salah apa dgn saya.Suami menghalalkn mkn minumnya,memafkan sgl kslhnnya.


Isteri yg mendpt redha suami syurga tempat untuknya.


- Tips nk dpt redha suami: kena buat baik n manis muka dgnnya. Ianya dpt memudhkn mengandung n melahirkan ank.


- Byk perempuan ikhtiar byk dgn benda luar hingga lupa mohon redha suami ketika nk bersalin.


- Apa salahnya suami2 dahulukan bg redha kpd isteri pimpin mereka dr katil ke labour room ucapkan kata2 yg melegakan hati isteri.


SUAMI YG BAIK


Matan 5:

Sabda Nabi SAW: “sebaik-2 suami drpd ummatku ialah yg terlebih baik bg isteri mereka”.


- Sebaik-baik org adlh yg baik dgn isterinya

- Latar belakng pendidkn bukan jaminan dpt baik dgn isteri.

- Lelaki kadg2 brckpnya lemah lembut tp dgn isteri belum tentu.


- Makan dgn kawan2 sibuk nk blnja kwn tp utk isteri n anak2 apa yg kita bw balik. Sedgkn blnja kwn2 sunat belanja isteri n anak2 wajib.


Contoh:


- Isteri yg terbaik adalh perempaun yg terbaik kepda suaminya.


Mkn minum dijga walaupun sesibuk mana dgn kerjayanya bukan bibik yg jg- dikhuatiri tambah isteri. – Urusan kemas mengemas cuci2 bibik jg urusan yg berkaitan dgn suami isteri jg.


- Terlampau sibuk dgn kerja atau drama hingga semua suruh bibik. Tidak menghidangnya n menjemput suaminya.- mkn kn sm2 berjamaah/jgn makan berasingan.


SABAR GANJARAN PAHALA SYAHID


Sambung hadis:


Dan terangkatlah bagi tiap2 perempuan darjatnya tiap2 siang & malam pahalanya mcm seribu2 orang yg mati syahid dlm perang agama Allah jika dia sabar dgn karenah suaminya dan sabar kerana Allah.


Mafhum Pengajaran Hadis:


1. Org perempuan x pyh perang fisabilillah berperng dgn suami sudah cukup.


2. Sabar dgn karenah suami dpt pahala syahid.


3. Layan kemahuan suami dpt phala syahid. Cukup dgn taat kpd suami/sabar dgn karenah suaminya n layan elok2 pahalanya sama mcm 1000 orng yg mati syahid. Untung org perempuan.


WANITA SOLEH LEBIH BAIK LELAKI SOLEH


Matan 6:

Bermula perempuan yg soleh terlebih baik daripada laki2 yg soleh

Contoh:


- Kebaikan isteri, ketabahannya n kesusahan yg ditanggung oleh isteri.


- Dalam bab menjg anak tgh mlm sapa lebih sabar? Suami lebih sabar sbb anak teghiyak sakit dia tidoqq ralit..tp isteri x sabar mendengar anak menangis lantas meberi susu tetek n mengubati anak.


Huraian:


- Islam memandang tinggi martabat wanita.


- Islam melarang menghina wanita disebbkn mereka kekurangan dlm melaksanakan tanggungjawab agama hanya tidak boleh jd imam n muazzin, tetapi dlm kehidupan org perempuan byk jasanya dr diri,keluarga,masyarakat hingga Negara.


ISTERI SOLEHAH SEBAIK-BAIK KESUKAAN DI DUNIA


Matan 7:
dan telah mengeluarkan oleh ahmad dan muslim drpd ibnu umar R.Anhu kata Nabi SAW: dunia ini penuh dgn kesukaan dan sebaik2 kesukaan ialah perempuan yg solehah.


Huraian:


- Dunia penuh dgn kesukaan.


- Semua dunia ini nikmat tetapi x boleh lwn nikmat perempuan yg soleh.


- Isteri akan menolong kita tatkala susah n suka duka besama kita.


- Isteri yg soleh tidak akan menyakiti hati suami tapi menenagkan suami pujuk hati untuk bersabar redha dgn ketentuan Allah. Bw kisah isteri yg lewat bgtau kematian anak . Nabi SAW bersabda: isteri kamulah isteri solehah tu lah isteri yg baik, menenangkan kamu, menyabarkan kamu, meredhakan kamu dgn ketentuan tuhan. Inilah nikmat dunia. Biar benda dunia ini kecil asalkan ditemani isteri yg solehah yg redha dgn segala ketentuan dan pemberian suaminya tnp melihat nilai pemberian itu.


- Isteri yg baik adalah isteri yg tidak membebankan suami melunaskan sgl kemahuan dunianya.


- Kereta mewah isteri x soleh rugi tiada guna n x dpt rs nikmat kereta yg ada krn ingin berlumba-lumba, dengki dgn orng lain dan tamak nk yg lebih baik. Yang terbaik ialah ditemani isteri solehah n dikecapi nikmat dunia bersama, nescaya aman tenteram hidup.


SUAMI SOLEH HANYA MENGHRPKAN ISTERI SOLEHAH


Matan 8:
dan telah mengeluarkan oleh Imam Ahmad dan Muslim daripada Ibnu Umar dan telah mengeluarkan Ibnu Hibban dan Ibnu Majah daripada Abi Umamah dan katanya: tiada member faedah oleh orang yg beriman kemudian takut bg Allah akan kebajikannya baginya daripada isterinya yg soleh.


Huraian:


- Suami yg bertaqwa x akan mengharapkan benda lain kecuali isteri yg soleh.


Ulama menyebut cirri-ciri isteri yg soleh:


1. Apa yg suami suruh dia ikut


2. Jika memandang ia kepadanya nescaya menyukakan suaminya (bermanis muka).


Pengertian manis muka itu luas, bukan cantik bermake-up shj ttpi manis tutur kata melayani suami.


- Suami2 seharusnya bersyukur bila dikurniakan isteri yg begini. Bw kisah saidina Ali yg minta nabi nk kawin lain (madu Fatimah).


3. Apabila dia bersumpah( bercakap benar) nescaya ia memberi kebaikan kepadanya


4. Apabila suami tidak ada nescaya dia memelihara akan dirinya memeliharakan harta suaminya.




PANDANGAN PENUH KASIH SAYANG


Matan 9:
Mengeluarkan oleh Ibnu Ali dan Rafie daripada abi saaid sesungguhnya suami apabila memandang ia kpd isterinya dan isteri memandg kpd suaminya pula kedua2 saling tengok dgn penuh kasih sayang maka meneleklah Allah akan mereka itu dgn telek rahmat dan telek kasih saying.


Huraian:


- Tengok suami isteri dgn telakan suka dan kasih sayang.


- Manfaatkan telekan ini semasa sama2 nk ke tempt kerja/isteri tolong buka pintu pagr sama2 bye-bye


Matan 10:


Maka apabila mengambil ia akan tangannya nescaya gugrlah dosa kpd kedua2nya sebilang-bilang anak jari sgl anak jari kedua2nya.


Huraian:


- Kita mls nk bersalaman n cium tgn sbb ade air sembhyng.


- Jgn malu terhdp perkara yg halal/mslh skrg kita malu ketika halal semasa haram dulu x malu nak motor rapat angin nk lalu pn x boleh.


- Sentuhan n pegangan mengugurkn dosa2./kereta auto n manual boleh prktik.


- Sambil tengok tv sm2 pegang tangan (p.ramlee).