Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 21, 2010

Imej Mahkamah Syariah Perlu Dijaga - Jamil Khir

KUALA TERENGGANU: Penjawat Mahkamah Syariah perlu menjaga tingkah laku, sahsiah dan akhlak mereka selaras dengan imej dan nama baik agama Islam yang diwakili institusi erkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Suka atau tidak, sebagai penjawat Mahkamah Syariah, masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kita, berbanding pandangan terhadap anggota masyarakat yang lain," katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazam Che Mat pada majlis perasmian Sukan Mahkamah Syariah Malaysia di sini Jumaat.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut dan Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia Dr Mohamad Naim Mokhtar.

Jamil Khir juga berkata sukan di kalangan kakitangan Mahkamah Syariah bukan sekadar untuk tujuan rekreasi dan kecergasan semata-mata, malah diharap dapat melahirkan warga kerja Mahkamah Syariah yang bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang.

Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia kali pertama dwitahunan itu melibatkan lapan acara dan disertai 623 pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah seluruh negara selama tiga hari. - BERNAMA.

Temasya Sukan yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (dulu KUSZA n UDM) Cawangan Gong Badak telah pun  berakhir, semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kemeriaah itu turut dirasai oleh sang hujan tatkala bermulanya Temasya tersebut. Semua Kontinjen dari pelbagai negeri seluruh Malaysia telah memberi komitmen yang terbaik di dalam 8 acara yang dipertandingkan.

Temasya SMS1 pada tahun ini secara keseluruhannya dimenangi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan, naib johan jatuh kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pianang, ke-3 oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan Jabatan kehakiman Syariah Malaysia menduduki tempat ke-4. Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada semua atlit bagi menjayakan Temasya ini. insyAllah SMS2 yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2012 nanti akan diadakan di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Beriadah Untuk Meningkatkan Produktiviti Negara Demi Melahirkan Warga Kerja Mahkamah Syariah Yang Berwibawa dan Berintegriti.

Jumpa Lagi semua....Bye bye bye bye.. :)