Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 1, 2010

Pesan Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradawi Rahimahullah

Syeikh Yusuf al-qaradawi seorang ulama’ agung Islam masa kini yang dikenali seluruh dunia siapa beliau, sama ada perkenalan itu positif atau negatif semua orang mengenali beliau, yang paling penting setiap langkah dan tindakan beliau dalam memartabat Ilmu Islam senantiasa diredhai dan diberkati Allah hendaknya..Amin.



Al-Qaradawi di Malaysia

Dr.Yusuf al-Qaradawi pada kaca mata masyarakat Islam di Malaysia, beliau adalah ulama’ ulung yang disegani dan ulama’ hebat ini lantang menyatakan kebenaran dan kebatilan. Usaha dan khidmatnya dalam meninggikan Syariat dan dakwah Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya menyebabkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat Kebangsaan.

Di kesempatan kebertandangan beliau ke Malaysia ini beliau diberi penghormatan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan ilmu agamanya di Putrajaya International Centre Cyberjaya dan di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Berpuluh ribu masyarakat Islam berbondong-bondong terkasima mendengar kuliah dan ceramah beliau yang cukup member kesan mendalam tatkala peristiwa Hijrah Rasulullah SAW disampaikan di samping mengaitkan peritiwa tersebut dengan isu-isu semasa kini. Ketokohan beliau tidak diragui oleh sesiapa sahaja kecuali mereka yang tidak mahu cahaya Islam.


Siapa al-Qaradawi di Barat

Insan yang sentiasa membela kebenaran dan menyampahkan kebatilan ini sentiasa dicemuh oleh masyarakat bukan Islam barat, sehingga beliau amat dikenali di barat sebagai ‘Scholar of Terror’ . Kesan kepada melabelkan ulama tersohor ini di kalangtan masyarakat barat menatijahkan bahawa beliau kini dilarang untuk memasuki beberapa Negara besar Eropah. Inilah tohmahan yang diterima oleh pembela dan pejuang Islam seperti insan yang bernama al-Qaradawi.

Al-Qradawi dan al-Aqsa

Kebiadaban puak kafir zionis laknatullah atas tindakan mereka ke atas saudara seaqidah Islam dan Baitul Maqdis amat dibenci oleh ummat Islam di Negara jiran dan berjauhan, hinggakan masyarakat barat yang cintakan kedamaian dan keadilan sejagat turut menunjukkan reaksi benci mereka kepada tentera dan pemerintahan zionis Israel. Kebencian dan sifat menyampah ini ditunjukkan kepada masyarakat dunia atas dasar ‘Humanity’ tidak dipedulikan oleh puak zionis ini.

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan bagi tujuan keamanan dan rundingan damai bagi menamatkan episod kecelekaan yg sudah sekian lama berlaku ke atas rumah masyarakat Islam Baitul Maqdis, namun sehingga saat pena ini menuliskan sesuatu tentangnya tidak ada apa-apa berita baik mengenai Baitul Maqdis untuk seluruh ummat Islam akan tetapi kebiadapan zionis dan kejahatan pemerintah Israel masih lagi berterusan walau pun pemimipin mereka silih berganti dilantik matlamat utama atau Key Performence Indicator (KPI) mereka bagi menunjukkan prestasi cemerlang mereka diukur dengan keberjayaan dan kepantasan mereka menghancurkan masyarakat Islam dan Baitul Maqdis di Palestin kahsnya dan masyrakat Islam seluruh dunia amnya.

Fatwa al-Qaradawi yang amat mencabar ummat Islam dengan kata beliau ‘..adalah HARAM hukumnya mengunjungi atau pergi ke Baitul Maqdis (Palestin) dengan tujuan ziarah dan bersuka ria (berjalan-jalan) ‘ maksudnya..setiap individu yang muslim yang memang berhajat untuk ke sana mestilah dengan niat tidak akan kembali semula ke tanah air mereka kerana niat itu mestilah dengan niat untuk membebaskan Baitul Maqdis ‘Tahrir al-Aqsa’ dari cengkaman zionis kuffar.


Feqh al-Jihad

Karangan terbaru kitab beliau adalah ‘ Feqh al-Jihad’ yang kini sudah masuk cetakan kali ke-3. Kitab ini adalah kitab penting yang ditelah diwasiatkan (pesan) kepada YB Us.Nasaruddin bin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS untuk menyampaikan segala isi kandungannya kepada masyarakat Malaysia dan Surau an-Nur di Bandar Baru Bangi, Selangor menjadi tempat pilihan untuk dibacakan kitab ini. Kitab ini ditulis oleh beliau tepat pada waktu dan masanya isu berhubung JIHAD ini menjadi persoalan besar dari sudut kefahaman konsep yang sebenar-benarnya oleh masyarakat Islam di seluruh dunia, memandangkan konsep ini sudah kini disalah tafsir oleh segelintir masyarakat dunia Islam sehingga menimbulkan tohmahan besar kepada ad-Din itu sendiri dan persepsi jihad itu sendiri sudah diberi pengertian yang cukup menakutkan di samping propaganda barat yang cukup aktif memburuk-burukkan Islam melalui rangkaian media dan sebagainya.

Justeru, kehadiran kitab yang mengandungi 2 jilid ini akan mengupas sedalam-dalamnya konsep dan erti Jihad yang sebenar dengan berpandukan kepada 3 method utama iaitu Nas-nas al-Quran, nas dan matan-matan hadis Nabi Muhammad SAW yang Sahih mengenai Jihad dan yang terkahir ialah pandangan dan pendekatan ulama’-ulama’ yang muktabar serta lautan Ilmu Islam berhubung konsep dan pengertian Jihad yang sebenar. Buat mereka yang berkebolehan dalam berbahasa arab bolehlah cari dan dapatkan naskhah tersebut kerana setakat ini buku ini masih lagi belum diterjemahkan ke Bahaga Malaysia mungkin ke Bahasa Indonesia itu tidak tahu, akan tetapi maklumat yang tepat diperolehi oleh YB Us.Nasaruddin dari Dr.Yusuf al-Qaradawi sendiri bahawa buku ini belum lagi diberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menterjemahkannya kerana cetakan ke-3 ini terdapat beberapa penambahan dari sudut content dan maklumat terkini berhubung Jihad. Sama-samalah kita doakan agar Allah SWT menghantar dan memilih insan yang bertuah dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia ini untuk menterjemah naskhah tersebut ke dalam bahasa ibunda kita kita insyAllah..Amin.

Salam Perjuangan untuk semua :)