Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

Apa Yang Tak Kena Pada Muharram ?

Sebahagian masyarakat Islam di dunia ini amat takut dan resah sekiranya perkahwinan mereka diputuskan oleh keluarga atau mereka sendiri dilangsungkan pada bulan Muharram, lebih dahsyat ada segelintir masyarakat Islam dunia juga berpandangan bahawa ianya akan menyebabkan kecelakaan, kesialan dan mala petaka (perceraian) kepada institusi keluarga dan lebih parah lagi ada yang mengatakan haram berkahwin di bulan tersebut. Adakah tuduhan dan pandangan ini ada asasnya dalam Islam?

Topik kali ini ingin saya kongsi bersama dengan para pengunjung yang budiman mengenai Mengadakan Upacara Perkahwinan di Bulan Muharram. Saya selaku hamba yang daif ini telah menterjemahkan mengikut kefahaman saya terhadap jawapan yang tela diberikan oleh As-Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

As-Syeikh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradawi menjawab perasangka ini didalam rangkaian siri fatwanya, beliau menyatakan bahawa iktikad atau kepercayaan ini langsung tiada asanya dalam Islam, hanya yang ada di dalam Islam adalah bulan Muharram ini adalah termasuk dalam bulan-bulan yang diagungkan Allah SWT dan diharamkan berlaku padanya pertumpahan darah iaitu peperangan sekaligus menjadikan dosa dan permusuhan di dalam bulan tersebut adalah sangat ditegah berbanding bulan-bulan lain.

Nabi Muhammad SAW menamakan bulan Muharram dengan Bulan Allah sebagai memualiakan-Nya dan lebih dari itu Tuhan Yang Bersifat Tuhan Semesta Alam. Perkara ini dikuatkan dengan hadis baginda tatkala menjawab persoalan lelaki yang bertanyakan baginda mengenai puasa sunat.

"Jika kamu hendak berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Muharram kerana ia adalah bulan Allah, pada bulan inilah Allah SWT menerima taubah dari satu dan menerima taubah dari satu kaum yang lain".


Bulan Muharram adalah bulan yang besar kelebihannya dan fadhilatnya, sebagai seorang Muslim seharusnya bergembira dengan memperbanyakkan ibadah di bulan ini, dan sebagai Muslim yang beriman dengan Allah SWT sewajibnya meninggalkan prasangka buruk yang telah dilakukan oleh puak pelampau Fatimiyah di Mesir dengan menjadikan bulan ini sebagai bulan sedih dan dukacita, kerana mereka pada waktu itu meninggalkan setiap upacara-upacara kegembiraan dan kemeriahan antaranya upacara majlis perkahwinan.

Oleh yang demikian, di setiap hari berganti hari dan bulan berganti bulan pada pandangan Islam merupakan hari-hari yang cukup istimewa buat segenap manusia yang masih lagi di atas muka bumi ini,seharusnya disambut padanya upacara berbentuk kemeriaahan da keseronokan yang dibatasi Syariat Islam seperti majlis perkahwinan, kerana upacara majlis perkahwinan ini merupakan syiar agama Islam dan sunnah kehidupan yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sumber : Bab Fatwa dan hukum hakam, hubungan kemasyarakatan. www.qaradawi.net