Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 28, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABAH...

Tanggal 24 Mac 2010 yang lepas, insan yang banyak berjasa dalam separuh kehidupan membimbing 5 orang anak-anak lelakinya yang kami gelar abah telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya bersama mama dan keluarga abg.hafiz sahaja. Saya dan keluarga kali ini agak terharu kerana tidak dapat bersama-sama mereka dalam meraikan detik itu di teratak kami Kg. Jejawi Dalam, Perlis. 

Walaubagaimana pun kejauhan dari sudut pandangan mata kasar bukanlah menjadi penghalang untuk melafazkan selamat hari lahir, semoga murah rezeki dunia dan panjang umur dalam melakukan ibadah kehadrat Tuhan Semesta Alam ini kerana di zaman globalisasi serba canggih ini pelbagai cara dapat dilakukan demi insan tersayang. Di kesempatan entri kali ini, saya dan keluarga serta anak-anak menantu abah dan mama ingin merakamkan ucapan yang amat berharga ini khas buat abah di samping mama yang mana telah banyak mengorbankan 1/3 dari kehidupan mereka kepada kami. Semoga kesempatan hidup ini dapat sama-sama kita manfaatkan untuk mengabdikan diri yg hina dina ini kepada Allah SWT..Amin.