Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 18, 2010

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan untuk bukti

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

“Justeru, saya dengan ini menolak permohonan itu.”

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut beberapa perkara penting bagi tujuan pembelaan, antaranya :

1) Pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan.

2) Mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.

3) Mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

4) Pihak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan. Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan.


Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti itu diserahkan semasa perbicaraan.

Wednesday, June 16, 2010

Ala Omak kahwinkan aku cepat

Putrajaya : musim cuti sekolah ni macam biasala jenuh dok mengatur kenduri kendara di kampung sama ada kenduri saudara mara atau pun kawan-kawan lama. Riuh rendah dibuatnya....masa cuti sekolah ini jugak la orang nak kawin la, nak bersunat (berkhatan) la nak itu la nak ini laa macam-macam, lebih sakan dari macam-macam Astro hehehe, tapi aku bila lagi? ok, untuk entri kali ini saya nak kongsikan bersama sahabat-sahabat yang mngunjungi bolg ini mengenai Ole-ole Perkahwinan siri-2 yang akan memaparkan " umur minima untuk berkahwin " mengikut syara' disamping undang-undang keluarga Islam di Malaysia..bukan apa takut-takut terlajak, terlajak perahu boleh diundur lagi, tapi kalau terlajak tindakan tanpa mengikut undang-undang haruihh la duit yang dihimpun untuk membeli perkakasan asas masuk rumah dah kena bayaq denda kepada Mahkamah Syariah, eeeemmm baru tauu !

Islam tidak memperuntukkan had umur minima untuk berkahwin sama ada kepada pengantin lelaki atau perempuan (merpati sejoli), walau bagaimanapun terdapat ayat al-Quran yang menyebut tentang umur yang lebih munasabah untuk berkahwin sebagai panduan :

وَٱبۡتَلُواْ ٱلۡيَتَـٰمَىٰ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغُواْ ٱلنِّكَاحَ فَإِنۡ ءَانَسۡتُم مِّنۡہُمۡ رُشۡدً۬ا فَٱدۡفَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ أَمۡوَٲلَهُمۡ‌ۖ

 Surah an-Nisa' ayat 6 ini memberi mafhum yang jelas dalam memutuskan kelayakan pengantin lelaki dan perempuan untuk berkahwin mestilah cukup umur ataupun baliaqq.

Dari segi peruntukan undang-undang Keluarga Islam jelas menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan itu tidak boleh diakadkan jika bakal pengantin itu berumur kurang dari 18 tahun (lelaki) dan 16 tahun (perempuan) kecuali Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis.

Senang ceghita tak payah susah-susah, nak kawin mesti umoq depa kira baliaqq laa kurang daripada tu tak boleh kecuali kena minta izin kat depan tok Hakim di Mahkamah jangan di rumah pulakkk tu pun kalau tak sabaq sangat dah laa :)

- ambil borang kawin di Jabatan/Pejabat Agama Islam (tempat mastautin   bakal pengantin)
- isi borang
- dapatkan pengesahan anak qaryah dari pen.pendaftar Nikah di kampung
- kepilkan maklumat penting yang dikehendaki seperti di dalam borang
- serah balik kat Pejabat Agama
Baru kawinnnnn.........................automatik perkahwinan kita telah didaftarkan di Pejabat Agama.

Kalau Kawin Jugak, apa cenghita ?

kalau kawin jugak depa, maka perkahwinan mereka sah mengikut syara' tapi tak sah ikut undang-undang.

Bila tak sah ikut undang-undang, nak bagi sah kena mengadap tok Hakim Syarie melalui "Prosedur Permohonan Pengesahan Perkahwinan". Hakim puashati dengan keterangan yang diberikan barulah sah...ceghita dia lece dan ghenyahhh, dok nak kena turun naik Mahkamah apa ceghita..ni la punca kalau tak ikut undang-undang. so, nak mudah kepada semua pihak kita kenalah patuh dan ikut undang-undang di negara kita selagi mana undang-undang itu tidak bercanggah dengan hukum syara'.

Bila Pejabat Agama daftarkan perkhwinan yang telah disahkan oleh Mahkamah tu geng Pendakwa Jabatan Agama pulak failkan pertuduhan kerana melanggar undang-undang iaitu berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah.

Cukup la untuk entri kali ini, insyAllah kita jumpa pulak dengan siri ke-3 pada entri akan datang :)