Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Apa Yang Tak Kena Pada Muharram ?

Sebahagian masyarakat Islam di dunia ini amat takut dan resah sekiranya perkahwinan mereka diputuskan oleh keluarga atau mereka sendiri dilangsungkan pada bulan Muharram, lebih dahsyat ada segelintir masyarakat Islam dunia juga berpandangan bahawa ianya akan menyebabkan kecelakaan, kesialan dan mala petaka (perceraian) kepada institusi keluarga dan lebih parah lagi ada yang mengatakan haram berkahwin di bulan tersebut. Adakah tuduhan dan pandangan ini ada asasnya dalam Islam?

Topik kali ini ingin saya kongsi bersama dengan para pengunjung yang budiman mengenai Mengadakan Upacara Perkahwinan di Bulan Muharram. Saya selaku hamba yang daif ini telah menterjemahkan mengikut kefahaman saya terhadap jawapan yang tela diberikan oleh As-Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

As-Syeikh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradawi menjawab perasangka ini didalam rangkaian siri fatwanya, beliau menyatakan bahawa iktikad atau kepercayaan ini langsung tiada asanya dalam Islam, hanya yang ada di dalam Islam adalah bulan Muharram ini adalah termasuk dalam bulan-bulan yang diagungkan Allah SWT dan diharamkan berlaku padanya pertumpahan darah iaitu peperangan sekaligus menjadikan dosa dan permusuhan di dalam bulan tersebut adalah sangat ditegah berbanding bulan-bulan lain.

Nabi Muhammad SAW menamakan bulan Muharram dengan Bulan Allah sebagai memualiakan-Nya dan lebih dari itu Tuhan Yang Bersifat Tuhan Semesta Alam. Perkara ini dikuatkan dengan hadis baginda tatkala menjawab persoalan lelaki yang bertanyakan baginda mengenai puasa sunat.

"Jika kamu hendak berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Muharram kerana ia adalah bulan Allah, pada bulan inilah Allah SWT menerima taubah dari satu dan menerima taubah dari satu kaum yang lain".


Bulan Muharram adalah bulan yang besar kelebihannya dan fadhilatnya, sebagai seorang Muslim seharusnya bergembira dengan memperbanyakkan ibadah di bulan ini, dan sebagai Muslim yang beriman dengan Allah SWT sewajibnya meninggalkan prasangka buruk yang telah dilakukan oleh puak pelampau Fatimiyah di Mesir dengan menjadikan bulan ini sebagai bulan sedih dan dukacita, kerana mereka pada waktu itu meninggalkan setiap upacara-upacara kegembiraan dan kemeriahan antaranya upacara majlis perkahwinan.

Oleh yang demikian, di setiap hari berganti hari dan bulan berganti bulan pada pandangan Islam merupakan hari-hari yang cukup istimewa buat segenap manusia yang masih lagi di atas muka bumi ini,seharusnya disambut padanya upacara berbentuk kemeriaahan da keseronokan yang dibatasi Syariat Islam seperti majlis perkahwinan, kerana upacara majlis perkahwinan ini merupakan syiar agama Islam dan sunnah kehidupan yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sumber : Bab Fatwa dan hukum hakam, hubungan kemasyarakatan. www.qaradawi.net

Sunday, October 17, 2010

Aiman-Cinta Terakhir


Cinta yang hakiki cinta ILAHI dan Rasul-Nya. Hati ini cuba ditenteramkan, cuba didamaikan sedamai air dikali, kekhusyukan dari igauan dunia seringkali dipasak demi merasai cinta yg sebenar yg kucari, namun hati ini seringkali digangu dan diigaui dengan helah dan tipu daya duniawi. Ya Allah, aku dambakan cinta-Mu, kerana ku akui cinta-Mu itulah cinta hakiki..Ya Allah, Engkau kurniakanlah cinta itu pada hamba-Mu yg lemah lagi hina ini, aku idamkan cintu itu, aku ingin cinta itu..aku tahu Engkau Amat Memahami segala isi hatiku, aku akui terkadang aku menjadi mencari-Mu tatkala berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan, aku khilaf, aku salah dan aku kejam terhadap perasaan itu kepada-Mu, Ya Allah aku kini benar-benar inginkan CINTA itu dari-Mu, sebelum mata ini terlelap izinkan aku jamahi CINTA itu, agar pemergianku ke pangkuan-Mu menjanjikan husnul khatimah. 

Tuesday, August 10, 2010

Hos Geldiniz Ye Remadan, Seni Her Zaman Bekliyoruz

Ramadan Kariem, di kesempatan bulan yang penuh barakah ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk membaca sambil berfikir dan merenung setiap bait dalam falsafah Madrasah Ramadhan yg diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam perutusan beliau sempena kepulangan Ramadhan. Semoga dengan ini dapat memberi semangat dan kekuatan yg mantap untuk kita terus menjadi hambaNya yg bertaqwa.
Ramadhan: Penyucian diri kembali kepada fitrah
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat     

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).  Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

  رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah.

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bertarikh: 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

Thursday, April 1, 2010

Pesan Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradawi Rahimahullah

Syeikh Yusuf al-qaradawi seorang ulama’ agung Islam masa kini yang dikenali seluruh dunia siapa beliau, sama ada perkenalan itu positif atau negatif semua orang mengenali beliau, yang paling penting setiap langkah dan tindakan beliau dalam memartabat Ilmu Islam senantiasa diredhai dan diberkati Allah hendaknya..Amin.



Al-Qaradawi di Malaysia

Dr.Yusuf al-Qaradawi pada kaca mata masyarakat Islam di Malaysia, beliau adalah ulama’ ulung yang disegani dan ulama’ hebat ini lantang menyatakan kebenaran dan kebatilan. Usaha dan khidmatnya dalam meninggikan Syariat dan dakwah Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya menyebabkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat Kebangsaan.

Di kesempatan kebertandangan beliau ke Malaysia ini beliau diberi penghormatan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan ilmu agamanya di Putrajaya International Centre Cyberjaya dan di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Berpuluh ribu masyarakat Islam berbondong-bondong terkasima mendengar kuliah dan ceramah beliau yang cukup member kesan mendalam tatkala peristiwa Hijrah Rasulullah SAW disampaikan di samping mengaitkan peritiwa tersebut dengan isu-isu semasa kini. Ketokohan beliau tidak diragui oleh sesiapa sahaja kecuali mereka yang tidak mahu cahaya Islam.


Siapa al-Qaradawi di Barat

Insan yang sentiasa membela kebenaran dan menyampahkan kebatilan ini sentiasa dicemuh oleh masyarakat bukan Islam barat, sehingga beliau amat dikenali di barat sebagai ‘Scholar of Terror’ . Kesan kepada melabelkan ulama tersohor ini di kalangtan masyarakat barat menatijahkan bahawa beliau kini dilarang untuk memasuki beberapa Negara besar Eropah. Inilah tohmahan yang diterima oleh pembela dan pejuang Islam seperti insan yang bernama al-Qaradawi.

Al-Qradawi dan al-Aqsa

Kebiadaban puak kafir zionis laknatullah atas tindakan mereka ke atas saudara seaqidah Islam dan Baitul Maqdis amat dibenci oleh ummat Islam di Negara jiran dan berjauhan, hinggakan masyarakat barat yang cintakan kedamaian dan keadilan sejagat turut menunjukkan reaksi benci mereka kepada tentera dan pemerintahan zionis Israel. Kebencian dan sifat menyampah ini ditunjukkan kepada masyarakat dunia atas dasar ‘Humanity’ tidak dipedulikan oleh puak zionis ini.

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan bagi tujuan keamanan dan rundingan damai bagi menamatkan episod kecelekaan yg sudah sekian lama berlaku ke atas rumah masyarakat Islam Baitul Maqdis, namun sehingga saat pena ini menuliskan sesuatu tentangnya tidak ada apa-apa berita baik mengenai Baitul Maqdis untuk seluruh ummat Islam akan tetapi kebiadapan zionis dan kejahatan pemerintah Israel masih lagi berterusan walau pun pemimipin mereka silih berganti dilantik matlamat utama atau Key Performence Indicator (KPI) mereka bagi menunjukkan prestasi cemerlang mereka diukur dengan keberjayaan dan kepantasan mereka menghancurkan masyarakat Islam dan Baitul Maqdis di Palestin kahsnya dan masyrakat Islam seluruh dunia amnya.

Fatwa al-Qaradawi yang amat mencabar ummat Islam dengan kata beliau ‘..adalah HARAM hukumnya mengunjungi atau pergi ke Baitul Maqdis (Palestin) dengan tujuan ziarah dan bersuka ria (berjalan-jalan) ‘ maksudnya..setiap individu yang muslim yang memang berhajat untuk ke sana mestilah dengan niat tidak akan kembali semula ke tanah air mereka kerana niat itu mestilah dengan niat untuk membebaskan Baitul Maqdis ‘Tahrir al-Aqsa’ dari cengkaman zionis kuffar.


Feqh al-Jihad

Karangan terbaru kitab beliau adalah ‘ Feqh al-Jihad’ yang kini sudah masuk cetakan kali ke-3. Kitab ini adalah kitab penting yang ditelah diwasiatkan (pesan) kepada YB Us.Nasaruddin bin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS untuk menyampaikan segala isi kandungannya kepada masyarakat Malaysia dan Surau an-Nur di Bandar Baru Bangi, Selangor menjadi tempat pilihan untuk dibacakan kitab ini. Kitab ini ditulis oleh beliau tepat pada waktu dan masanya isu berhubung JIHAD ini menjadi persoalan besar dari sudut kefahaman konsep yang sebenar-benarnya oleh masyarakat Islam di seluruh dunia, memandangkan konsep ini sudah kini disalah tafsir oleh segelintir masyarakat dunia Islam sehingga menimbulkan tohmahan besar kepada ad-Din itu sendiri dan persepsi jihad itu sendiri sudah diberi pengertian yang cukup menakutkan di samping propaganda barat yang cukup aktif memburuk-burukkan Islam melalui rangkaian media dan sebagainya.

Justeru, kehadiran kitab yang mengandungi 2 jilid ini akan mengupas sedalam-dalamnya konsep dan erti Jihad yang sebenar dengan berpandukan kepada 3 method utama iaitu Nas-nas al-Quran, nas dan matan-matan hadis Nabi Muhammad SAW yang Sahih mengenai Jihad dan yang terkahir ialah pandangan dan pendekatan ulama’-ulama’ yang muktabar serta lautan Ilmu Islam berhubung konsep dan pengertian Jihad yang sebenar. Buat mereka yang berkebolehan dalam berbahasa arab bolehlah cari dan dapatkan naskhah tersebut kerana setakat ini buku ini masih lagi belum diterjemahkan ke Bahaga Malaysia mungkin ke Bahasa Indonesia itu tidak tahu, akan tetapi maklumat yang tepat diperolehi oleh YB Us.Nasaruddin dari Dr.Yusuf al-Qaradawi sendiri bahawa buku ini belum lagi diberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menterjemahkannya kerana cetakan ke-3 ini terdapat beberapa penambahan dari sudut content dan maklumat terkini berhubung Jihad. Sama-samalah kita doakan agar Allah SWT menghantar dan memilih insan yang bertuah dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia ini untuk menterjemah naskhah tersebut ke dalam bahasa ibunda kita kita insyAllah..Amin.

Salam Perjuangan untuk semua :)

Friday, February 19, 2010

Sepi menyendiri kenapa ?

Sejak kebelakangan ini saya sering bersendirian. Setiap jumaat saya selalu ke masjid bersama seorang teman yang setiap hari jumaat di akan SMS bagitau "nak tumpang pi solat sama-sama". Hari ini saya hairan tiada SMS atau panggilan call pun dari dia, hairan jugak..terfikir p.long ni cuti ke, lama tak berSMS..lantas saya pun SMS kepadanya bertanya khabar dan ajak ke masjid untuk solat jumaat bersama. balasnya dia dalam perjalanan balik ke bangi nak siap-siap balik ke kampung mertuanya di Ipoh. Saya tidak mengapa..Seusai solat jumaat saya menuju ke kafetaria Kompleks D Putrajaya untuk menjamah makanan tengahari, tengok tiada kawan-kawan dari jabatan yg sama untuk teman-berteman semasa makan kecuali Idayu (kawan perempuan sepejabat) dia sedang duduk bersama kawannya entah idayu tu perasan saya atau tidak, tidak mengapa lah..saya pun segan jugak nk duduk makan dengan kawan-kawan perempuan sepejabat melainkan kalau ramai-ramai ade kawan-kawan lelaki sama lain la ceghita.
Setelah makan di kafe tadi, saya balik ke opis tiba-tiba terseghempak dengan sorang mamat sepejabat juga yg sebelum ni dia kemana-mana pun berseorangan mungkin dia biasa merasai "Sepi menyendiri" hehehe..
Saya mula merenung dan berfikir, kenapa aku hari ni menyendiri jer,takut juga kerana menyendiri ini mudah ditusuk usikan syaitan...saya berfikir secara positif, mungkin saat menyendiri kali ini memberi ruang seluas-luasnya untuk saya berfikir perancangan hidup dan plan mengenai tajuk penulisan buku tak lama lagi, mungkin..mungkin..kalau benar menjadi kenyataan, saya pasti sepi menyendiri yang saya lalui itu ada hikmah disebaliknya. Terpendam dalam benak fikiran ini untuk penulis dan menjadi seorang penulis suatu masa nanti insyAllah.

Sepi menyendiri ada kalanya baik untuk sesetngah individu yang hidup mereka bersosial dan menjadi milik masyarakat setempat agar menyndiri itu sebagai medan untuk bermuhasabah dan re-call apa jua tindakan yang telah dilakukan sama ada tindakan itu bersama dengan nur Ilahi atau pun tidak atau tindakan itu kerana dunia semata-mata, menyendiri itu adalah masa yg cukup berharga terkadang membawa diri ini ke jalan yang mendekatkan kepada tuhan di samping merenung segala ciptaan-Nya terhadap semua makhluk yang tercipta indah di bumi gersang ini. Setiap makhluk itu ada keistimewaannya dan kelemahannya, hanya Allah Tuhan semesta alam yang memiliki sifat Maha Karya Cinta dan Maha Agung.
Kalau menyendiri itu disebabkan kita dibenci dan dicemuh rakan atau insan dikeliling kita itu pula bagaimana ya..?? nanti sinarwijdani sambung lagi..
Salam Persahabatan untuk semua.